NIK ABDUH GUNA KUASA VETO TETAPKAN SIAPA CALON DPPM (Part1)

Part 1

NIK ABDUH GUNA KUASA VETO TETAPKAN SIAPA CALON DPPM

  Ramai menjangkakan politik Nik Abduh akan berkubur di negeri kelahirannya sendiri selepas kalah dalam pemilihan bagi merebut kerusi YDP Kawasan Pengkalan Chepa. Kekalahan 37 berbanding 209 kepada Dr Izani Husin adalah situasi terburuk dalam karier politik Nik Abduh. Aku sejak awal lagi sudah jangkakan siri-siri kekalahan teruk Nik Abduh ni. Ahli Pas Pengkalan Chepa sebenarnya memang bijak berpolitik, dia orang lebih awal menghidu politik jijik Nik Abduh. Dia orang tahu Nik Abduh cuba bawa Pas jadi Politik kekeluargaan. Ramai tahu dia ada nafsu besar dalam politik. Selepas kematian arwah TGNA ahli Pas Kelantan sendiri pilih untuk tolak Nik Abduh. Dia orang tahu politik Nik Abduh tak mewarisi TGNA.

  Untuk pengetahuan korang, orang yang menjadi pencatur politik Nik Abduh di Kelantan dan sewaktu menjawat jawatan Ketua Pemuda Pas Malaysia ialah Shaari Mustapha. Korang kenal tak siapa dia Shaari Mustapha ni???? Beliau bukan orang lain dalam keluarga Nik Abduh, dia berkahwin dengan sepupu Nik Abduh. Nik Abduh dikenali dikalangan ahli Pas Pengkalan Chepa sebagai pentaksub Shaari dan boleh dikatakan setiap baris pertuturan mesti disulam dengan nama Shaari Mustapha. Shaari Mustapha dikenali dikalangan orang Pas Kelantan dengan panggilan Maulana Shaari.

  Terbaru, kecoh dalam meeting pemuda pusat Nik Abduh guna kuasa veto melantik barisan pimpinan pemuda Pas pusat yang baru. Dari maklumat yang aku terima, Nik Abduh masuk meeting dan terus umum calon-calon yang dia sendiri mahukan tanpa bincang sepatah haram dengan ahli mesyuarat yang lain, bahkan ramai ajk pemuda pusat dah mula nampak percaturan dan agenda tersembunyi Nik Abduh dan Shaari Mustapha dalam Pas. Dari maklumat yang aku terima, Nik Abduh telah cadangkan nama Khalil Abd Hadi sebagai KP DPPM, Khairil Nizam sebagai TKP DPPM dan Afnan Hamimi sebagai NKP. Ramai sebenarnya yang tak puas hati dengan apa yang disebut oleh Nik Abduh, bukan setakat memaklumkan keputusan yang sudah sedia ada, malah tidak meminta pandangan langsung dari ahli mesyuarat dan dia meminta keputusan itu dilaksanakan (veto) oleh DPPM.

  Mengikut maklumat kawan aku yang rapat dengan Nurul Islam, Nik Abduh bawa keputusan mesyuarat di Tasek Banding ke meja bulat DPPM. Kawan aku juga maklumkan sebelum ini puak - puak bekas student MASSA PAKINDO ( Persatuan Pelajar-pelajar Di Pakistan dan India) sudah berapa kali bersidang di Tasek Banding (Perak) dan yang terbaru untuk putuskan siapa line-up Pemuda Pusat(DPPM). Sumber maklumat yang aku dapat antara mereka yang hadir dalam pertemuan, di Tasek Banding ialah Shaari Mustapha dan Nik Abduh sendiri.

*SIAPA SEBENARNYA SHAARI MUSTAPHA???*

  Kumpulan Shaari Mustapha ini yang aku tahu digelar Taliban sebab pendidikan mereka lalui di Indo Pakistan. Shaari Mustapha ini merupakan ketua pelajar bagi jemaah di Pakistan India. Mereka biasa guna kaedah matlamat menghalalkan cara, seperti biasa digunapakai oleh taliban di Pakistan dan India, serta sanggup menggunakan nama sesiapa saja termasuk pimpinan utama Pas untuk kepentingan peribadi mereka. Aku pernah dengar Shaari Mustapha kerap kali berulang-alik ke Rusila untuk memberi maklumat yang salah kepada Presiden Pas. Ada yang mengatakan Shaari ini adalah Ejen CIA Amerika yang menyelinap masuk ke dalam Pas. Buktinya dia antara yang dibebaskan dari tahanan ISA. Begitu juga Yusni Mat Piah, sedangkan mereka pernah terlibat mengangkat senjata di Pakistan dan Afghanistan.

  Aku tengok mereka ini sehabis mungkin cuba untuk mempergunakan nama Haji Hadi dan Mursyidul Am Pas bagi mencapai maksud mereka dan menghalalkan tindakan mereka. Mereka juga bagi aku telah menjadi agen perosak kekuatan Pas Kelantan dengan melaga-lagakan sesama pemimpin sama ada di Kelantan dan di Pas Pusat. Mereka bergerak melalui dana balak yang dibiayai proksi mereka. Akhir - akhir ini dikatakan dana dari pemimpin Umno sendiri menjadi sumber mereka. Perancangan mereka ini termasuk mempergunakan Syura Pusat melalui Nik Zawawi, iaitu sepupu Nik Abduh. Sebab itu dalam isu duit 90 juta Umno tu korang boleh tengok siapa yang menggelepar macam cacing kepanasan. Sibuk ke hulu ke hilir kononnya Pas tidak pernah menerima duit dari Umno. Aku amat yakin perangkap Umno akan memakan diri Nik Abduh setibanya PRU14 nanti.

 Untuk maklumat korang, kumpulan ini adalah pencatur banyak perkara dalam Pas termasuklah pertandingan Timbalan Presiden pada sesi lepas. Melalui perbincangan di Tasik Banding, Perak, mereka telah cuba mengkambinghitamkan Dato Mohd Ammar dengan mengarahkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri, walaupun pencalonan terbanyak adalah kepada Dato Tuan Ibrahim.

  Akhirnya disedari oleh Nik Amar yang menyebabkan proses penyingkiran golongan ini sedang berjalan di Kelantan. Nik Amar telah memotong laluan Nik Abduh daripada senarai calon di Kelantan untuk menggantikan ayahnya di Chempaka dengan menaikkan Fathan. Ini untuk mengajar Nik Abduh supaya tidak menyangka politiknya tidak dapat dihidu oleh orang lain. Malah pemilihan dalam Mesyuarat Agong Pas Pengkalan Chepa yang baru lepas menyaksikan kumpulan Nik Abduh tewas teruk.

 Akhirnya Nik Abduh terpaksa mencari formula lain untuk menyelamatkan diri dengan mencari kerusi selamat. Maka di sinilah idea bertanding kerusi KP Pusat menjadi agenda beliau untuk mendapatkan kerusi selamat, dengan harapan dapat kembali menyusun agenda kumpulan beliau. Keterikatan mereka dengan Umno khususnya, amat berbahaya kepada Pas seperti bom jangka. Maklumat2 pertemuan mereka dengan umno sudah ada dalam simpanan PKR,DAP dan Amanah.

  Kelantan akan selamat dari bahaya dan kekalahan pada PRU akan datang sekiranya kumpulan Nik Abduh dikalahkan. Demi menguatkan Pas khususnya di Kelantan dan Malaysia amnya, Nik Abduh dan kumpulannya harus dikalahkan untuk menyedarkan beliau bahawa beliau sebenarnya sedang dipergunakan Shaari Mustapha.

Comments

Post a Comment